Tugas-Tugas Pegawai Penerangan Gred S41

tugas pegawai penerangan

Pegawai Penerangan Gred S41 tergolong dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Jawatan Pegawai Penerangan terletak di bawah Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan.

Gaji minimum bagi jawatan ini adalah sebanyak RM2,078.00 manakala gaji maksimum pula adalah RM9,544.00. Kenaikan gaji tahunan sebanyak RM225.00 setiap tahun.

Syarat Lantikan Pegawai Penerangan S41

Antara syarat-syarat lantikan bagi jawatan Pegawai Penerangan S41 adalah seperti di bawah:-

  • warganegara Malaysia
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.                                                                           (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
  • ijazah sarjana muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.                                                (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
  • ijazah sarjana muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.                                                (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

Bagi syarat kelayakan Bahasa Melayu, calon mestilah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Bagi permohonan peningkatan secara lantikan, calon yang sedang  berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan

Syarat umur bagi calon peningkatan secara lantikan pula adalah:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tugas-Tugas Pegawai Penerangan Gred S41

Antara tugas-tugas Pegawai Penerangan Gred S41 adalah

Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41

Seperti jawatan yang lain, kebiasaannya calon perlu lulus dalam peperiksaan online terlebih dahulu sebelum dipanggil untuk sesi temuduga.

Bagi sesi 2017, peperiksaan online Pegawai Penerangan Gred S41 akan diadakan pada 17/04/2017 jam 8.00 malam hingga 9.40 malam.

peperiksaan pegawai penerangan

Peperiksaan ini terbahagi kepada dua seksyen iaitu Seksyen A: Pengetahuan Am dan Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah.

Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41

Langkah pertama yang perlu anda ambil untuk menjawat jawatan Pegawai Penerangan S41 adalah LULUS dalam peperiksaan online terlebih dahulu.

Ramai calon yang terkandas pada peperiksaan ini. Ini kerana terlalu ramai calon yang mengambil mudah. Tidak ambil serius!

Untuk lulus dalam peperiksaan ini, calon perlulah membuat persediaan yang sangat rapi. Calon dinasihatkan mengambil tahu tentang skop kerja atau fungsi Pegawai Penerangan itu sendiri. Isu-isu berkaitan Pegawai Penerangan. Selain itu juga, calon mestilah peka dengan isu semasa khususnya mengenai Pegawai Penerangan.

Kami mencadangkan agar calon mendapatkan pakej Panduan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41. Panduan ini bertujuan untuk membiasakan calon dengan bentuk soalan yang bakal ditanya di dalam peperiksaan nanti.

>DOWNLOAD PANDUAN PEPERIKSAAN DI SINI<

Sumber: www.spa.gov.my

Kongsi Info Ini!

ANDA CALON PEPERIKSAAN PTD 3 NOV 2017 NANTI?

Sila Isi Nama Dan Emel Anda Sekarang Untuk Berada Dalam Waiting List Kami. Hebahan Akan Dibuat Melalui Emel Apabila Panduan Telah Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *