Syarat Kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

startup-photos

SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK(PTD) GRED M41.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 boleh dikatakan jawatan dalam sektor kerajaan yang agak popular dalam kalangan graduan-graduan universiti pada masa kini. Secara amnya,ciri-ciri untuk graduan menjawat jawatan ini mestilah berketerampilan, boleh bekerja secara berpasukan, bakat kepimpinan, jati diri yang tinggi, dan bersikap profesional.

Mulai 1 Julai 2016, Syarat Kelayakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini mula berkuatkuasa mengikut Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) ini dikategorikan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Gaji minimum jawatan PTD adalah RM2,422.00 manakala gaji maksimum RM9,631.00. Bagi kadar kenaikan tahunan pula adalah sebanyak RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN

Pemohon bagi jawatan PTD mestilah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.       (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
  4. Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.                                             (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
  5. Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.           (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);
  6. Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
  7. Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

Pemohon juga mestilah memperoleh KEPUJIAN(sekurang-kurangnya gred C) bagi subjek Bahasa Melayu dalam peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan Malaysia.

 

DESKRIPSI TUGAS

Deskripsi tugas bagi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah “Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.”

Secara asasnya, berikut merupakan peringkat-peringkat untuk menjawat jawatan PTD:

  1. Permohonan di laman web SPA.
  2. Menduduki peperiksaan secara online.
  3. Dipanggil dan hadir untuk sesi temuduga.
  4. Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

 

PANDUAN PEPERIKSAAN PTD

Anda dinasihatkan untuk memberi perhatian kepada contoh soalan peperiksaan sebelum ini. Gunakan kelebihan dan pengalaman yang anda ada sekiranya anda pernah menduduki peperiksaan PTD ini. Secara amnya, format bagi peperiksaan PTD 2016 yang dikeluarkan oleh SPA adalah seperti berikut:

  1. Pengetahuan Am Malaysia
  2. Daya menyelesaikan masalah Matematik

Siapkan diri anda dengan sebaik-baiknya untuk dua seksyen ini.

Kami ada mengeluarkan beberapa contoh soalan dan juga tips-tips peperiksaan PTD. Pastikan anda mendapatkan panduan ini untuk mencerahkan peluang anda lulus dalam peperiksaan PTD ini.

Kongsi Info Ini!

ANDA CALON PEPERIKSAAN PTD 3 NOV 2017 NANTI?

Sila Isi Nama Dan Emel Anda Sekarang Untuk Berada Dalam Waiting List Kami. Hebahan Akan Dibuat Melalui Emel Apabila Panduan Telah Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *