Deskripsi Tugas Penguasa Kastam Gred WK41.

tugas penguasa kastam

Sebelum kita pergi ke tugas Penguasa Kastam Gred WK41, ada lebih baik kita mengetahui syarat-syarat lantikan Penguasa Kastam Gred WK41 dan pengenalan bagi jawatan ini terlebih dahulu.

Pengenalan

Jawatan Penguasa Kastam Gred WK41 dikategorikan sebagai Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Jawatan ini adalah dibawah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia.

Gaji minimum bagi jawatan ini adalah RM2,094 manakala gaji maksimum adalah RM9,585. Kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM225 setahun.

 

Syarat Lantikan Penguasa Kastam Gred WK41

Syarat – syarat lantikan bagi jawatan Penguasa Kastam Gred WK41 adalah seperti berikut:

  1. Calon mestilah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Memiliki ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); atau
  4. Ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); atau
  5. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
  6. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); atau
  7. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); atau
  8. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.(Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19)

 

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Kastam Gred WK41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • Mempunyai kelayakan seperti di para 1 hingga 8; atau
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Tugas Penguasa Kastam Gred WK41

Deskripsi tugas Penguasa Kastam Gred WK41 adalah seperti berikut:

  1. Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
  2. Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
  3. Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
  4. Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

tugas penguasa kastam 2

Permohonan Jawatan Penguasa Kastam Gred WK41

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun. Calon boleh mendaftar permohonan di laman web SPA di http://www.spa.gov.my/.

Bidang Keutamaan bagi jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Perakaunan
  • Pengurusan Perniagaan/Pengajian Perniagaan
  • Pengurusan Pemasaran
  • Ekonomi
  • Statistik
  • Undang-undang
  • Forensik

Sumber: www.spa.gov.my

ANDA CALON PEPERIKSAAN PTD 3 NOV 2017 NANTI?

Sila Isi Nama Dan Emel Anda Sekarang Untuk Berada Dalam Waiting List Kami. Hebahan Akan Dibuat Melalui Emel Apabila Panduan Telah Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *