Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan.

clinic-doctor-health-hospital

Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan.

Tahniah! Anda sudah melepasi peperiksaan online Separa Perubatan yang lalu. Peringkat seterusnya adalah sesi temuduga. Adakah anda sudah bersedia?

Selain dari persiapan sesi temuduga dengan mencari tips temuduga seperti cara menjawab soalan, postur badan serta cara bersalam dengan panel temuduga, persediaan kepada soalan-soalan separa perubatan itu sendiri amat penting dan ini lah yang seringkali membuatkan calon kandas! Calon tidak menyangka soalan-soalan tersebut akan ditanya oleh panel dan ini akan membuatkan calon bertambah gugup.

Kami telah kumpulkan 30 Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan yang biasa di tanya dalam sesi temuduga ini. Antara soalan yang biasa ditanya adalah:

1. Perkenalkan diri dan latarbelakang anda secara ringkas dan padat.
2. Semasa di sekolah dan di kolej, apakah aktiviti ko-kurikulum yang anda sertai?
3. Nyatakan 3 sebab utama anda berminat dengan Separa Perubatan.
4. Menurut kelulusan anda, adakah anda memiliki kesemua kelayakan yang digariskan oleh SPA?
5. Beri 3 ciri-ciri yang digariskan untuk memasuki latihan Separa Perubatan?                          

6. Jika anda dilantik menjadi jururawat, bagaimana anda melayan karenah pesakit yang berbeza usia?
7. Beri 3 bidang dalam latihan Separa Perubatan yang anda mahir tentangnya.
8. Namakan 3 kolej latihan Separa Perubatan yang anda tahu.
9. Apakah 3 perbezaan di antara hospital dan klinik?
10. berikan 3 keistimewaan Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan semasa era kepimpinan Perdana Menteri ke 6.                                                                                                                               

11. Bagaimana demam Malaria menjangkiti manusia dan terangkan 3 kaedah mudah untuk mencegahnya?
12. Siapakah nama Menteri Kesihatan di Malaysia yang terbaru?
13. Bagaimana pula dengan nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang terkini?
14. Air yang tercemar mendatangkan pelbagai penyakit, berikan 3 contoh penyakit tersebut.
15. Namakan 3 kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).                                                                                                                                            

16. Paras gula yang berlebihan akan menyebabkan penyakit apa?
17. Namakan 3 jabatan yang ada di hospital kerajaan.
18. Ada 2 syif kerja di hospital kerajaan, mahukah anda bekerja dalam situasi tersebut?
19. Huraikan kedudukan makanan yang terendah dan yang tertinggi dalam piramid makanan.
20. Ceritakan misi dan visi bagi KKM
21. Jelaskan 3 peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
22. Apa yang anda faham mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)?
23. Apakah 3 kelebihan diri anda jika dibandingkan dengan calon-calon Separa Perubatan yang lain?
24. Bagaimana anda mengatasi kelemahan diri anda?
25. Berikan 3 cara anda meningkatkan keyakinan diri anda.
26. Apakah kelebihan kerjaya Separa Perubatan dengan kerjaya lain?
27. Apakah pandangan anda mengenai sistem pendidikan perubatan di Malaysia?
28. Berikan 3 cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di Malaysia.
29. Jika anda seorang mekanik4, apakah langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum membaiki kerosakan pada kenderaan?
30. Apakah pencapaian diri anda yang dibanggakan dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain?

Kami harap beberapa soalan ini dapat membantu anda untuk bersedia dalam sesi temuduga nanti. Kami juga mencadangkan kepada anda untuk dapatkan ebook Panduan Temuduga Separa Perubatan yang diterbikan oleh Tim Infokerjaya. Terdapat dua komponen di dalam ebook tersebut iaitu Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan dan Simulasi Temuduga Separa Perubatan.

Kongsi Info Ini!

ANDA CALON PEPERIKSAAN PTD 3 NOV 2017 NANTI?

Sila Isi Nama Dan Emel Anda Sekarang Untuk Berada Dalam Waiting List Kami. Hebahan Akan Dibuat Melalui Emel Apabila Panduan Telah Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *