Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19

Entri ini khas untuk anda calon Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 pada 2 April 2017 hingga 14 April 2017.

Ini merupakan peluang anda untuk menjawat jawatan Pembantu Penguasa Kastam. Mahu tidak mahu, anda mesti buat persiapan untuk menghadapi temuduga ini.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam.

Ini merupakan contoh-contoh soalan yang pernah ditanya dalam sesi temuduga Pembantu Penguasa Kastam yang lepas. Antara soalannya adalah:

  1. Sila kenalkan diri anda?
  2. Apa pekerjaan anda sekarang?
  3. Adakah anda pernah menghadiri temuduga jawatan kerajaan sebelum ini?
  4. Kenapa kamu mahu bekerja sebagai anggota Kastam?
  5. Jabatan Kastam DiRaja Malaysia bernaung di bawah kementerian mana?
  6. Apakah skop pekerjaan Pembantu Penguasa Kastam?
  7. Apakah sumbangan yang kamu boleh berikan sekiranya kamu dapat menjawat jawatan ini?
  8. Bilakah GST dilancarkan?
  9. Apakah yang kamu faham tentang GST?
  10. Pada pendapat anda, adakah GST membebankan rakyat?
  11. Apakah cukai yang dipungut oleh Kastam?
  12. Apakah Visi, Misi dan fungsi Kastam?

TIPS TEMUDUGA.

Seperti mana-mana temuduga, anda perlulah menjaga adab-adab sewaktu sesi temuduga sedang dijalankan. Perkara ini nampak remeh dan selalu dipandang ringan namun ia penting!

Ini merupakan contoh-contoh adab sewaktu temuduga:

  • Sentiasa tenang dan yakin
  • Promosikan diri anda
  • Jangan banyak mendiamkan diri
  • Jadi peramah namun jangan terlebih ramah
  • Kekalkan momentum
  • Jika tidak bersetuju dengan pendapat panel, berikan alasan yang relevan.
  • Jika tidak dapat jawab soalan, minta maaf dan beritahu dengan jujur bahawa anda tidak tahu.
  • Jangan MENIPU!

RUJUKAN TEMUDUGA PEMBANTU PENGUASA KASTAM

Kami mencadangkan satu rujukan khas untuk temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 sesi 2017. Rujukan ini diterbitkan oleh Tim Infokerjaya.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam

Pakej rujukan ini terbahagi kepada tiga bahagian:-

  • Bahagian 1:¬†Cara sebenar bagaimana untuk hadir ke sesi temuduga kerajaan. Anda dakan didedahkan dengan etika temuduga kerajaan dan yang paling penting adalah ayang yang anda perlu buat dan jangan buat semasa temuduga kerajaan.
  • Bahagian 2: Koleksi nota padat mengenai Kastam. Ianya akan menjimatkan 8 jam masa anda untuk cari satu persatu maklumat ini. Anda akan diberikan lebih 35 nota ringkas berkaitan kastam dan isu penting yang lain untuk persediaan pantas anda.
  • Bahagian 3:¬†25 Soalan dan Cadangan jawapan Khas Kastam. Kami himpunkan khas untuk anda soalan-soalan yang biasa ditanya dalam temuduga untuk jawatan berkaitan Kastam. Koleksi ini akan memudahkan persediaan anda kerana ini adalah antara soalan sebenar temuduga.

Anda boleh dapatkan pakej rujukan ini untuk menghadapi temuduga dengan lebih bersedia dan yakin. Klik DI SINI untuk dapatkan pakej rujukan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 sekarang.

Kongsi Info Ini!

ANDA CALON PEPERIKSAAN PTD 3 NOV 2017 NANTI?

Sila Isi Nama Dan Emel Anda Sekarang Untuk Berada Dalam Waiting List Kami. Hebahan Akan Dibuat Melalui Emel Apabila Panduan Telah Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *