Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

 

Sebelum kita pergi ke contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29, saya ingin terangkan deskripsi tugas bagi jawatan ini. Mengikut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), deskripsi tugas bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Format Peperiksaan

Format peperiksaan bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah sama seperti peperiksaan yang lain. Terdapat dua seksyen dalam peperiksaan ini iaitu Seksyen A – Pengetahuan Am dan Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah.

Format Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

 

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan pengurusan pentadbiran, ekonomi, sejarah, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan, undang-undang, bidang sains, sosial, sukan, kebudayaan dan lain-lain perkembangan semasa.

Masa: 40 minit

Soalan: 50 (aneka pilihan)

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

  1. Kemahiran Logik
  2. Kemahiran Menginterpretasi Data
  3. Konsep Matematik dan Akaun

Kemahiran Logik

Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

Konsep Matematik dan Akaun

Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numerik serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Masa: 45 minit

Soalan: 40 (aneka pilihan)

 

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh soalan bagi Seksyen A,

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 Seksyen-a

Contoh soalan bagi Seksyen B,

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 B

Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Walaupun terdapat pelbagai rujukan dan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 di luar sana, saya telah menjumpai satu pakej rujukan yang amat berguna kepada semua calon untuk menghadapi peperiksaan ini. Jika anda sebagai calon, anda boleh mendapat manfaat dari pakej rujukan ini dan boleh membuat persiapan awal agar anda lebih yakin untuk hadapi peperiksaan kelak.

Rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29

Pakej rujukan ini telah disediakan oleh Tim Infokerjaya yang mana mereka telah membantu ribuan calon sejak tahun 2008/09. Untuk rekod, telah lebih 67,000 orang graduan telah mendapat manfaat dari Tim Infokerjaya dalam pelbagai manfaat kerjaya termasuk penyediaan resume, persediaan temuduga dan yang paling penting apa yang anda sedang hadapi sekarang. Sila klik di link https://goo.gl/M8uOGO untuk dapatkan pakej rujukan dan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29.

 

Kongsi Info Ini!

ANDA CALON PEPERIKSAAN PTD 3 NOV 2017 NANTI?

Sila Isi Nama Dan Emel Anda Sekarang Untuk Berada Dalam Waiting List Kami. Hebahan Akan Dibuat Melalui Emel Apabila Panduan Telah Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *