Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.

PENGENALAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK.

Sebelum kita pergi ke Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik, saya akan menceritakan serba sedikit tentang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) ini dikategorikan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Gaji minimum jawatan PTD adalah RM2,422.00 manakala gaji maksimum RM9,631.00. Bagi kadar kenaikan tahunan pula adalah sebanyak RM225.00

Deskripsi tugas bagi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang dikeluarkan oleh SPA adalah “Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.”

 

FORMAT CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK.

Seperti peperiksaan jawataan kerajaan yang lain, peperiksaan bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik juga mempunyai format peperiksaan yang boleh dikatakan lebih kurang sama. Format Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik terbahagi kepada dua seksyen utama. Dua seksyen utama yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Bagi Seksyen A, calon haruslah mengetahui dan peka akan isu-isu semasa yang berlaku tertutamanya di dalam Negara Malaysia. Calon juga haruslah mengetahui tentang dasar-dasar negara di dalam pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Bagi Seksyen B, calon akan dinilai tahap daya menyelesaikan sesuatu masalah. Terdapat tiga kategori yang akan dinilai dalam Seksyen B iaitu Kemahiran Menggunakan Logik, Kemahiran Menginterpretasi Data dan Kemahiran Matematik.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK.

Berikut kami kongsikan contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang pernah disoal di dalam peperiksaan sebenar sebelum ini.

 

Soalan Seksyen A.

contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-seksyen-a

 

Soalan Seksyen B

 

contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-seksyen-b-1

Dalam soalan ini, calon mestilah mempunyai Kemahiran Menggunakan Logik yang baik.  Calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

 

contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-seksyen-b-3

Dalam soalan ini, calon mestilah mempunyai Kemahiran Menginterpretasi Data yang baik. Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

 

contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik-seksyen-b2

 

Dalam soalan ini pula, calon mestilah mempunyai Kemahiran Matematik yang baik. Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 Sijil Pelajaran Malaysia.

 

RUJUKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK.

Saya sangat mencadangkan kepada calon-calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik untuk mendapatkan Pakej Rujukan bagi peperiksaan ini. Pakej Rujukan yang diterbitkan oleh Tim Infokerjaya telah membantu lebih 12,000 bakal PTD sejan tahun 2008.

Pakej rujukan peperiksaan ini telah diubahsuai mengikut format yang terkini. Apa yang calon akan dapat dari pakej rujukan ini adalah:

  1. Lebih 50++ Nota Ringkas untuk jimat masa persediaan calon.
  2. Lebih 100++ Contoh Soalan & Jawapan untuk melazimkan calon dengan format terkini.

 

Untuk mendapatkan pakej rujukan ini, klik DI SINI untuk saya bawa ke laman jualan pakej rujukan tersebut.

 

 

 

Kongsi Info Ini!

ANDA CALON PEPERIKSAAN PTD 3 NOV 2017 NANTI?

Sila Isi Nama Dan Emel Anda Sekarang Untuk Berada Dalam Waiting List Kami. Hebahan Akan Dibuat Melalui Emel Apabila Panduan Telah Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *