Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif

Serius kali ni pelik. Buat kali pertama ambilan pegawai LHDN dilakukan melalui SPA. Jawabnya memang kena exam online lah. Kalau dulu pihak LHDN terus interview. Rasanya sebab terlalu ramai yang minta. Jadi kena ada tapisan ‘penyingkiran’ terlebih dulu.

Sepertimana yang kita semua tahu, peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN gred 41 tahun akan diadakan pada 20 September 2017 (Rabu) jam 8.00 malam hingga 10.20 malam. Kekosongan bagi jawatan ini adalah sebanyak 230.

FORMAT PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF

Bagi peperiksaan Pegawai Eksekutif kali ini, formatnya adalah seperti berikut:

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Inggeris

Seksyen A: Pengetahuan AM

Dalam seksyen ini calon dikehendaki untuk mengetahui secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa, dasar-dasar awam, perlembagaan, undang-undang, pengurusan maklumat dan amalan komunikasi.

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

  1. Kemahiran Menggunakan Logik Akal 
    • Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasikan maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
  2. Kemahiran Menginterpretasikan Data
    • Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisis data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
  3.  Konsep Matematik
    • Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu dan Inggeris

Seksyen ini akan menilai kefahaman calon bagi menjawab beberapa soalan daripada petikan atau artikel dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF

SEKSYEN A

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif - seksyen c. 2jpg

 

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif - seksyen c. 3

SEKSYEN B

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif - seksyen c. 4

 

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif - seksyen c. 5

 

SEKSYEN C

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif - seksyen c

contoh soalan peperiksaan pegawai eksekutif - seksyen c. 1jpg

 

RUJUKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI EKSEKUTIF

Buat calon peperiksaan Pegawai Eksekutif sesi 2017, kami amat mencadangkan satu pakej rujukan yang diterbitkan oleh Tim Infokerjaya khas buat anda untuk menghadapi peperiksaan pada 20 September 2017.

Sejak tahun 2009, pakej rujukan daripada Tim Infokerjaya telah membantu lebih 73,000 graduan seluruh negara dalam kerjaya terutamanya peperiksaan kemasukan kerajaan.

Apa yang akan anda dapat dalam rujukan ini?

  • Bantuan persediaan peperiksaan
  • Contoh soalan untuk pemahaman dan rujukan
  • 40 ++ Nota ringkas untuk jimat masa anda
  • 40++ contoh soalan Seksyen A untuk bantu persediaan anda
  • 50++ contoh soalan Seksyen B untuk bantu persediaan anda

Untuk mendapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Eksekutif versi 2017, anda boleh dapatkannya di link ini: www.PegawaiEksekutif.com.

peperiksaan peg eksekutif

PS: Download percuma Preview Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Eksekutif sesi 2017 DI SINI.

 

**Disclaimer**
Bina Kerjaya tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang Bina Kerjaya sediakan adalah bantuan
persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR jauh
sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan
calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

 

Kongsi Info Ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *