Bukan Semua Temuduga Sama

Startup Stock Photos

Sebagai seorang pemburu kerjaya, anda pasti mempunyai beberapa tawaran temuduga kerja yang lebih baik. Bukan semua temuduga terdiri dari jenis yang tradisional, di mana anda hanya berhadapan dengan seorang penemuduga. Anda mungkin dipanggil ke sesi temuduga bersama 2 atau 3 orang panel, diberikan temuduga dalam bentuk tekanan, temuduga yang perlukan anda membuat pembentangan dan temuduga skrin.

Apa pun bentuk temuduga yang anda perlu hadapi, matlamat yang sentiasa perlu ada ialah anda menjadi calon yang terbaik. Memiliki pengetahuan lebih daripada orang lain akan membantu anda membuat persediaan dengan lebih berkesan.

1. Temuduga skrin. Sebelum pergi ke temuduga, anda akan menerima panggilan telefon dari bakal majikan. Ia barangkali dilakukan oleh pegawai di bahagian Sumber Manusia untuk bertanyakan beberapa soalan yang akan membantu mereka membuat keputusan untuk memanggil anda atau tidak. Jadi anda perlu membuat persediaan yang terbaik untuk menjawab sebarang panggilan telefon.

2. Temuduga panel. Adalah menjadi satu perkara yang bakal memberi tekanan apabila anda bakal berhadapan dengan seorang atau mungkin dua orang, atau tiga orang penemuduga sekaligus. Itulah makna temuduga panel. Bakal majikan anda akan memberikan lebih banyak pendapat tentang anda.

Tugas anda ialah untuk sentiasa berhubung dengan panel-panel temuduga apabila menjawab soalan. Mulakan dengan “eye contact” dengan panel yang memberikan soalan. Kemudian perlahan-lahan arahkan pandangan anda kepada panel yang lain sambil menjawab soalan.

3. Temuduga tekanan. Anda diberikan senarai tugas untuk diselesaikan. Masa yang diberikan adalah singkat, contohnya 20 minit untuk menyelesaikan tugas tersebut mengikut keutamaan. Sepanjang sesi berjalan, panel akan melontarkan soalan beberapa kali sambil merenung tajam ke arah anda. Semasa anda cuba untuk menjawab, tiba-tiba panel bangun dan pergi meninggalkan anda. Tiada penjelasan diberikan.

Anda ditemuduga dalam keadaan yang tertekan. Bakal majikan meletakkan anda di bawah tekanan untuk melihat bagaimana anda memberikan maklum balas. Tunjukkan kepada mereka, apa yang dilakukan terhadap anda tidak akan membuatkan anda kelam-kabut. Bertenang dan selesaikan tugasan anda. Lebih banyak tekanan yang diberi, lebih tenang anda menghadapinya.

4. Temuduga kes. Bakal majikan anda akan memberikan topik atau permasalahan untuk anda bentangkan sebelum anda hadir ke sesi temuduga atau secara terus di dalam sesi temuduga. Mereka akan menilai bagaimana anda berkomunikasi dalam sebuah kumpulan yang kecil.

Sebab itu anda perlu membuat persiapan di rumah dan siap sedia untuk dibentangkan kepada bakal majikan. Pastikan di dalam minda ada sudah ada persediaan untuk mengenalpasti siapakan penonton anda, apa yang mereka mahu dengar dan masa yang diberikan untuk membuat pembentangan.

5. Beauty Parade. Bakal majikan anda bercadang untuk mengambil anda sebagai pekerja, namun beliau mahu anda berjumpa dengan beberapa orang individu. Kini anda berada dalam “beauty parade”, jadi anda harus lebih terampil. Penampilan pakaian anda harus kelihatan profesional dan berikan pada bakal majikan banyak sebab mengapa mereka perlu ambil anda bekerja. Sesi ini berlangsung tidak melebihi 30 minit setiap satu.

6. Persembahan konsisten. Bermula dari temuduga skrin hingga ke proses temuduga, anda perlu mengatasi calon-calon lain dengan yakin. Anda sudah pun faham kesemua format temuduga yang sedang dihadapi. Anda tahu apa yang perlu diperhatikan dan bagaimana cara yang terbaik untuk bersedia.

Menjadi diri sendiri semasa ditemuduga akan menghasilkan tanggapan positif yang konsisten. Bakal majikan akan mula mempercayai anda dan mula berasa selesa. Secara semulajadinya, anda akan menjadi diri yang terbaik tanpa mengira apa sahaja bentuk temuduga yang dilontarkan dalam perjalanan anda.

Kongsi Info Ini!

ANDA CALON PEPERIKSAAN PTD 3 NOV 2017 NANTI?

Sila Isi Nama Dan Emel Anda Sekarang Untuk Berada Dalam Waiting List Kami. Hebahan Akan Dibuat Melalui Emel Apabila Panduan Telah Siap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *